25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Wanita maut ketika bantu mangsa kemalangan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Solaria Residences, Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang, malam tadi.

Manakala seorang lagi wanita dan pemandu kereta mengalami kecederaan parah.

Difahamkan wanita itu adalah pejalan kaki yang cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

Memetik laporan Metro Online, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dan motosikal Honda Waze dengan dua pejalan kaki.

Advertisements

“Pejalan kaki dan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala orang ramai bantu mengeluarkan pemandu kereta yang mengalami kecederaan parah.

“Penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Faizal Abu Bakar, 33, dan pejalan kaki Suhaila Zainol Abidin, 45 tahun. Manakala seorang lagi wanita belum dikenalpasti identiti,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau semua mangsa di hantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan