26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Anggota polis maut dipercayai tembak diri sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota polis maut selepas dipercayai menembak diri sendiri di dalam keretanya jenis Proton Preve dalam kejadian di Jalan Abdullah, Pekan Muar, Johor, pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, berdasarkan laporan awal, polis menerima maklumat seorang anggota polis berusia 29 tahun ingin membunuh diri.

Sehubungan itu menurutnya, satu operasi mengesan anggota berkenaan dijalankan sebelum mangsa ditemui mati dalam kenderaannya dengan kesan tembakan di leher kira-kira jam 11.18 pagi tadi.

“Pada 8.20 pagi pihak polis daerah Muar ada menerima satu maklumat berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui pesanan ‘WhatsApp’.

Advertisements

“Bertindak atas maklumat tersebut, satu operasi dijalankan dan anggota berkenaan ditemui mati dalam kenderaanya di lot parkir di pekan Muar dengan kesan tembakan di leher,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Revolver 38 bersama mayat mangsa.

Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dijalankan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan