31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Saksi kes rasuah terowong bawah laut ditemukan mati

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seorang ahli perniagaan dan dikenali sebagai taikun hartanah yang terkenal dengan projek pembangunan utama di Pulau Pinang telah ditemukan mati.

Mengikut sumber, mangsa berusia 53 tahun itu dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh dari unit kondominium mewah di Pulau Tikus, George Town, Pulau Pinang semalam.

Memetik laporan The Star, Ketua Polis Daerah George Town, Soffian Santong mengesahkan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, polis akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan.

Advertisements

Dalam laporan berlainan, The Star yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, mangsa mempunyai kaitan dengan kes terowong bawah laut bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada bulan Julai lalu.

Mangsa baru sahaja dipanggil untuk menjadi Saksi Pendakwaan Ke-9 di dalam kes rasuah terowong bawah laut berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan