28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Aksi Superman jalanan 5 mat rempit undang padah

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KULAI – Aksi Superman sekumpulan lima lelaki ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila mereka dicekup oleh polis dalam Op Samseng Jalanan di Lebuh Raya Link Kedua hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, mereka bukan sahaja melanggar undang-undang jalan raya malah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut beliau, kelima-lima lelaki terbabit didakwa menunggang motosikal dengan kelajuan yang tinggi serta melakukan aksi menundukkan kepala, tangan lurus ke hadapan, kedua kaki lurus ke belakang atau lebih popular.

Superman
TOK BENG YEOW

Aksi tersebut lebih popular dengan panggilan Superman dalam kalangan mat rempit.

Selain itu, kata Beng Yeow, mereka juga melakukan aksi zig-zag mencelah-celah kenderaan awam mulai Kilometer 35 hingga Kilometer 31.4 Lebuh Raya Link Kedua.

“Hasil Op Samseng Jalanan, lima motosikal telah disita dengan 26 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan media.

Lima motosikal yang disita itu disaman di bawah Seksyen 60 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen (6 saman), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (1 saman), cermin sisi (3 saman), ubah suai ekzos (5 saman), plat tak ikut spesifikasi (8 saman), gagal tunjuk lesen (1 saman), penunggang bawah umur (1 saman) dan tidak mempamerkan pelekat lesen memandu percubaan (1 saman).

Beliau menambah, mereka yang ditangkap turut dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit 1988 (Akta 342) iaitu berkumpul dan keluar tanpa alasan munasabah.

Banyak juga saman yang mereka perlu bayar, motosikal pun kena sita.

Itu belum dicampur lagi dengan kompaun sebab melanggar SOP PKP.

Harap kelima-lima mat rempit terbabit insaf dan tidak lagi mengulangi perbuatan mereka yang tidak berfaedah itu.

Kegiatan merempit bukan sahaja mendedahkan diri mereka terhadap kemalangan malah boleh mengancam keselamatan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

Syabas kepada PDRM yang sentiasa tegas menguatkuasakan undang-undang jalan raya termasuk membanteras kegiatan merempit. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan