26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Imej kucing terperangkap pada pintu cuit hati warganet

Mesti Baca

GEORGETOWN – Imej seekor kucing yang terperangkap pada lubang sebuah pintu menarik perhatian pengguna media sosial, hari ini.

Beberapa keping gambar yang dikongsi di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS  menunjukkan bahagian kepala haiwan tersebut terperangkap pada lubang pintu yang ditebuk.

Kejadian dilaporkan berlaku di IKBN Bukit Mertajam.

Kucing itu diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – Foto FB INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS

Kucing itu kemudiannya diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam dalam satu khidmat khas.

Advertisements

Sejak sejam hantaran itu dimuat naik, ia meraih lebih 2,300 tanda suka dan dikongsi lebih 536 kali.

Dalam ruangan komen, kebanyakan warganet merakamkan penghargaan mereka kepada anggota bomba kerana menyelamatkan kucing itu.

Kucing itu diselamatkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam. – Foto FB INFO ROADBLOCK JPJ/POLIS

Tidak kurang juga komen dibuat pengguna bernama Noorhadi Mahmud yang mendakwa haiwan di Pulau Pinang memang ajaib.

“Hari tu kes kambing atas bumbung, ular sawa sangkut atas pagar, ni pulak kucing ini,” tulisnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan