31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

11 ‘mat Bangla’ cuba masuk Malaysia dari Thailand ditahan

Mesti Baca

SERAMAI 11 warga Bangladesh yang dipercayai dalam perjalanan untuk menyeludup masuk ke Malaysia ditahan polis Thailand Sabtu lalu, selepas trak pikap yang mereka naiki terbalik di Wilayah Sa Kaeo, di sempadan timur Thailand, kira-kira 245 kilometer dari Bangkok.

Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand dalam satu kenyataan berkata, 11 lelaki itu berumur antara 22 dan 48 tahun.

Pada kejadian jam 5 pagi itu, Polis Lebuhraya mengejar trak pikap yang dipandu laju sebelum trak berkenaan hilang kawalan dan terbalik.

“Pemandu lelaki warga Thailand berusia 35 tahun melarikan diri dari tempat kejadian selepas kemalangan itu.

“Polis lebuh raya menemukan 11 warga Bangladesh dalam kenderaan yang rosak teruk itu.

“Siasatan awal mendapati kumpulan itu dalam perjalanan dari Bangladesh ke Kemboja sebelum secara haram menyeberang ke Thailand menggunakan trak pikap, untuk meneruskan perjalanan ke Malaysia,” katanya.

Advertisements

CIB berkata polis sedang mengesan pemandu berkenaan. – Agensi

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan