31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kubur di Wang Kelian: Empat individu dituduh esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EMPAT individu yang diekstradisi ke negara ini berkaitan penemuan kem penempatan sementara dan kubur besar di Wang Kelian, Perlis akan didakwa di mahkamah esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama Kerajaan Malaysia dan Thailand berjaya mengesan empat daripada 10 individu yang disyaki terlibat.

Ujar beliau, kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi. 

“Kes ekstradisi ini telah berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac lalu akhirnya telah mengeluarkan perintah penahanan ke atas keempat-empat individu tersebut untuk diserahkan kepada Malaysia.

“Berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan Thailand ini, penyerahan keempat- empat individu tersebut telah dilaksanakan pada 22 Jun lalu (hari ini),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Saifuddin berkata, kesemua individu tersebut telah berada di negara ini dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis esok bagi tujuan pertuduhan.

“Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan semua yang terlibat dalam memastikan proses ekstradisi ini berjalan lancar. 

“Kerajaan Malaysia juga berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjejaki individu-individu lain yang terlibat untuk dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau berkata, KDN sentiasa komited dalam menjaga keselamatan sempadan Negara dan memandang serius isu-isu jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. 

“Usaha berterusan melalui operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa dititik beratkan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan