26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Bas terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bas persiaran yang dalam perjalanan ke bengkel untuk dibaiki terbakar 90 peratus dalam kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Changgang, Sepang hari ini.

Bas yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an itu dipercayai dibawa ke bengkel untuk diselenggara.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 10.32 pagi.

Advertisements

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 10.35 pagi.

“Bas tersebut tidak membawa penumpang ketika kejadian dan pemandu dipercayai berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca berlakunya kebakaran tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan