28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Abdul Hadi hadir ke Bukit Aman bantu siasatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang hadir ke Bukit Aman semalam bagi memberi keterangan berkenaan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera paling ramai terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A. Skandaguru berkata, Abdul Hadi hadir bersama peguamnya.

“Beliau telah memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.

Advertisements

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan PDRM telah membuka kertas siasatan terhadap Abdul Hadi susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

A.Skandaguru sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima 28 laporan berhubung kenyataan Abdul Hadi itu, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan