25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kanak-kanak terselamat terjatuh dari tingkat empat bangunan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Mahawangsa 1, Kuah Langkawi, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat empat bangunan yang letaknya berdekatan WE Hotel Langkawi.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor berkata, pihaknya. menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 pagi berhubung kejadian.

“Komander operasi kemudiannya memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan.

Advertisements

“Sejurus itu, tujuh anggota berserta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra dan BBP Langkawi dikerahkan ke lokasi kejadian,”

“Sebaik tiba, anggota bomba terus melakukan operasi memberi rawatan awal kepada kanak-kanak perempuan tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Langkawi dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Operasi tamat sepenuhya pada jam 9.10 pagi,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan