26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sempat ‘melaram’ 20 minit larikan MPV polis

Mesti Baca

IPOH – Seorang lelaki hanya sempat ‘melaram’ selama 20 minit bersama sebuah kenderaan peronda (MPV) milik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebelum berjaya ditahan tidak lama kemudian dalam satu kejadian di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berjaya ditahan pada pukul 7.48 pagi di sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Tol Kamunting.

Beliau memberitahu, kejadian yang berlaku pada pukul 7.28 pagi itu berlaku setelah suspek dikatakan memasuki kawasan parkir IPD Taiping dengan menaiki kereta jenis Ford Fiesta.

Menurutnya, suspek kemudiannya meninggalkan kenderaannya sebelum melarikan MPV polis yang diparkir di kawasan khas.

“Selepas meninggalkan kenderaannya, suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Selama, bertindak berani melarikan kenderaan milik polis yang di ruangan parkir MPV.

Advertisements

“Tidak sampai setengah jam berbuat demikian suspek berjaya ditahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara iaitu di susur masuk Tol Kamunting,” katanya yang dipetik Harian Metro hari ini.

Osman berkata, suspek dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut.

Beliau menambah, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung tindakan suspek berbuat demikian.

Kejadian serupa turut berlaku 25 Oktober lalu apabila sepasang kekasih ditahan polis di Shah Alam, Selangor kerana melarikan sebuah kereta peronda  polis dari IPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan