APLIKASI MySejahtera kini berwajah baru dengan pertambahan ciri-ciri baharu maklumat kesihatan yang lebih menyeluruh.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di laman Twitter, hari ini.
Menurut Khairy, ciri baharu itu dilengkapi dengan lebih menyeluruh bagi membolehkan pengguna...
'HEALTH Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi MySejahtera akan membolehkan pengguna memperoleh amaran kesihatan sekiranya mereka dijangkiti virus 'monkeypox' (cacar monyet).
Menurutnya, selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang...
APLIKASI MySejahtera memperkenalkan ciri baharu iaitu penggunanya boleh melihat maklumat penyakit berjangkit lain, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, sebagai permulaan fungsi sedia ada yang digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19 akan digunakan untuk melihat titik panas...
PEMAKAIAN pelitup muka di luar bangunan dan imbasan kod QR menerusi aplikasi MySejahtera apabila memasuki premis atau tempat awam lain tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 1 Mei ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemakaian pelitup muka digalakkan di luar bangunan,...
JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan prosiding dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung isu pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera, hari ini.
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, kedua-dua menteri itu dipanggil...
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan beliau akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk memberi keterangan berhubung aplikasi MySejahtera pada 14 April ini.
Khairy berkata, bagi beliau tiada masalah membentangkan kepada PAC sebab tiada apa yang hendak disembunyikan.
"Saya...
ISU mengenai tahap keselamatan data peribadi pengguna aplikasi MySejahtera dan pemilik sebenar aplikasi itu antara perkara yang dibangkitkan oleh kebanyakan Senator ketika membahaskan usul berkaitan aplikasi MySejahtera di Dewan Negara hari ini.
Antara yang membangkitkan perkara itu ialah Senator Datuk...
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa pihaknya sedang berunding dengan sebuah syarikat swasta berhubung pemilikan aplikasi MySejahtera.
Ia susulan kenyataannya bahawa pihaknya sedang berunding dengan MySJ Sdn Bhd bagi tujuan itu dan dijangka dapat memuktamadkan rundingan dalam tempoh sebulan.
"Kita akan...
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membawa usul berkaitan isu aplikasi MySejahtera di Dewan Negara pada 31 Mac ini.
Iaa berikutan katanya, timbul pelbagai pertikaian termasuk syarikat yang dilantik mengendalikan aplikasi itu.
"Oleh itu, usul...
KERAJAAN wajar memutuskan rasional penerusan pendaftaran melalui MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace susulan Malaysia akan memasuki fasa endemik mulai 1 April 2021.
Jelas, Datuk Seri Mohamad Hasan, rakyat Malaysia tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ yang secara langsung, mencerobohi...