29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Jenayah & Mahkamah

4 warga Myanmar ditahan, kendali bot nelayan tanpa kebenaran

ZON Maritim Kuala Kurau telah menahan dua bot nelayan tempatan kelas B jenis pukat tunda bersama empat kru nelayan warga Myanmar di Pulau Pasir Hitam, Perak pagi tadi. Suspek ditahan pada kedudukan 2 dan 2.1 batu nautika barat daya...

Lelaki ganggu wanita kena tahan polis

GARA-gara mengganggu dua wanita yang sedang menunggang motosikal dan rakaman video tindakan tersebut tular di media sosial, dua individu lelaki berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, rakaman video berkenaan dipercayai dirakam...

16 saksi akan beri keterangan pembelaan Siti Bainun

PERBICARAAN peringkat pembelaan kes Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella, yang bermula minggu depan akan membabitkan 16 saksi termasuk tertuduh. Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Izralizam Sanusi, berkata senarai itu membabitkan...

Lelaki cedera ditetak penjenayah, kenderaan turut dilarikan

TIGA individu bertopeng memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan menetak seorang lelaki berusia 56 tahun di Kemayan, Bera, Pahang, Rabu lalu. Difahamkan, dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, Toyota Fortuner milik mangsa turut dilarikan suspek. Menurut Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan...

Mayat lelaki reput ditemukan dalam guni

SATU mayat lelaki ditemukan berbungkus di dalam sebuah guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Klang semalam. Mayat yang mulai reput dan belum diketahui identiti dan umur itu ditemui orang awam kira-kira pukul 6.10 petang. Ketua Polis Daerah...

Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan

KERAJAAN dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membenarkan saman keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita itu pada 2006. Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas...

Anggota imigresen, adik, orang tengah direman lima hari

SEORANG anggota imigresen, adik lelakinya dan seorang individu yang disyaki orang tengah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes suapan berkaitan pengeluaran ‘pasport terbang’ di Sibu. Perintah reman terhadap mereka yang masing-masing berusia 36, 32 dan 42...

Anggota polis disiasat, rakan bergambar dengan senjata api

SEORANG anggota polis yang bertugas di Balai Polis Taman Johor Jaya akan disiasat kerana membenarkan rakannya iaitu seorang orang awam bergambar dengan senjata api miliknya, semalam. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, gambar berkenaan tular di...

Enggan divaksin: Bekas tentera gagal batal keputusan dipecat

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman oleh seorang bekas sarjan tentera terhadap keputusan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang menamatkan perkhidmatannya kerana tidak mengambil vaksin Covid-19, dua tahun lalu. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan demikian...

Bot nelayan kelas C ditahan gajikan 4 PATI Myanmar

SEBUAH bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang semalam, selepas didapati menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai kru bot. Penahanan pada pukul 10.10 pagi itu dilakukan ketika penguatkuasa melakukan rondaan rutin Op Tanjung. Pengarah Maritim...

Popular

Pengawal peribadi ustazah parah tertembak di KLIA

PENGAWAL peribadi kepada seorang wanita pengusaha pakej umrah dan mutawwifah cedera parah selepas ditembak seorang lelaku dalam kejadian di...