30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Perlukah kerajaan bertoleransi terhadap golongan LGBTQ+?

Mesti Baca

Fazrina K
Fazrina K
Mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam dunia kewartawanan bersama syarikat media terkemuka. Pengkhususan dalam penulisan rencana, laporan khas dan analisis isu-isu semasa.

BARU-baru ini, kisah seorang anak pelakon terkenal Singapura, Gurmit Singh, menjadi topik perbualan hangat di rantau ini.

Anak beliau, Gabrielle atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Lychee Bye, tampil sebagai seorang ikon dalam komuniti lesbian.

Gabrielle bukan sahaja lantang bersuara mengenai identiti seksualnya tetapi juga menggunakan platform seni untuk memberi inspirasi kepada mereka yang merasa terpinggir kerana orientasi seksual mereka.

Keberaniannya ini mendapat pujian daripada komuniti LGBTQ+ antarabangsa, namun ia juga mencetuskan kontroversi di negara Islam seperti Malaysia.

Di Malaysia, isu LGBTQ+ (lesbian, gay, biseksual, transgender, queer dan lain-lain) kekal sensitif, dengan kerajaan menerapkan penguatkuasaan tegas terhadap segala bentuk ekspresi yang berkaitan dengan komuniti ini.

Langkah seperti merampas barangan bertema Pride, membatalkan acara berkaitan LGBTQ+, serta mendakwa individu di bawah undang-undang syariah menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan nilai moral tradisional.

Gabrielle dianggap sebagai ikon LGBTQ+ di negara seberang Tambak.

Namun, pendekatan ini mendapat kritikan meluas, termasuk daripada kalangan aktivis hak asasi manusia yang melihatnya sebagai satu bentuk diskriminasi.

Pihak berkuasa sering menggunakan alasan untuk melindungi keharmonian masyarakat.

Namun sejauh mana kita mampu membendung kegiatan sonsang ini? cukupkah hanya dengan merampas barangan seperti baju-T dan aksesori bertema pelangi, mengharamkan manakala acara seni yang bertujuan meraikan kepelbagaian seksual, operasi kelab-kelab yang mengumpul pengamal LBGTQ+ sahaja?

Filem-filem mengangkat tema LGBTQ+

Sudah tentu ia tidak semudah itu kerana golongan ini semakin bertambah dan pengaruh mereka juga tidak dinafikan mendapat sokokngan besar dari negara yang mengiktiraf LGBTQ+ seperti Australia dan Amerika Syarikat.

Malah filem dan kandungan media yang mengangkat tema LGBTQ+ amat senang untuk diakses di negara ini, maka kerajaan perlu sedar bahawa satu usaha bersepadu perlu diambil untuk menyekat akses atau sekurangnya ditapis.

Kerajaan harus tegas dalam memberi gambaran bahawa sebarang bentuk sokongan atau keterbukaan terhadap komuniti ini adalah tidak diterima.

Memetik kata-kata Gabrielle, atau Lychee Bye, dalam wawancara baru-baru ini, “Saya percaya setiap orang berhak menjadi diri mereka sendiri tanpa perlu merasa takut atau tertekan.

“Seni adalah cara saya menyuarakan harapan dan menyatukan komuniti yang sering dipinggirkan.”

Kata-kata ini memberi inspirasi kepada ramai, tetapi di Malaysia, kenyataan seperti ini mungkin akan mencetuskan lebih banyak kontroversi.

Advertisements

Aktivis tempatan seperti Nisha Ayub melihat contoh seperti Gabrielle sebagai simbol keberanian yang diperlukan untuk menentang diskriminasi.

“Gabrielle menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak perlu takut untuk menjadi diri sendiri. Tetapi di Malaysia, undang-undang membuatkan ramai memilih untuk berdiam diri,” kata Nisha.

Namun, bagi Aiman, seorang lelaki gay di Malaysia, kebimbangan utamanya adalah keselamatan dan penerimaan masyarakat.

Kehadiran golongan LGBT tidak disenangai sesetengah masyarakat. – Gambar hiasan

“Saya kagum dengan keberanian Gabrielle, tetapi di sini, menjadi diri sendiri boleh membawa risiko yang besar,” katanya.

Seorang wanita lesbian bernama Nia pula berkata, “kisah Gabrielle memberi saya harapan, tetapi di Malaysia, ruang untuk hidup bebas seperti itu masih jauh dari realiti.”

Kerajaan Madani Malaysia, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus menegaskan keperluan untuk menjaga nilai moral tradisional.

Namun, persoalan timbul, apakah pendekatan ini berkesan, atau adakah ia hanya menindas komuniti yang sudah pun terpinggir?

Seorang pemimpin agama memberikan pandangan yang lebih sederhana: “Pendekatan hukuman mungkin bukan jalan terbaik. Kita perlu mendekati isu ini dengan lebih kasih sayang.”

Sementara itu, tekanan dari komuniti antarabangsa dan aktivis tempatan untuk mengiktiraf hak LGBTQ+ semakin meningkat.

Organisasi seperti Justice for Sisters berusaha untuk memastikan suara komuniti ini tidak terpadam.

Pendidikan dan dialog dianggap sebagai jalan terbaik untuk mengubah mentaliti masyarakat.

Gabrielle, atau Lychee Bye, mungkin tidak berasal dari Malaysia, tetapi keberaniannya menjadi inspirasi kepada ramai.

Dalam dunia di mana keterbukaan semakin dihargai, adakah Malaysia bersedia untuk membuka ruang bagi komuniti LGBTQ+ di negara ini?

Atau adakah penguatkuasaan kerajaan akan terus menutup peluang untuk dialog yang lebih bermakna?

Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada kesediaan negara untuk mengimbangi nilai tradisional dengan hak asasi manusia.

Semoga Kerajaan MADANI dapat membendung aktiviti LGBTQ+ ini sebaiknya supaya kita semua tidak dilaknati Allah seperti yang pernah terjadi pada kaum Nabi Luth. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan