23.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Usah cuba tendang bola ke gawang sendiri – Zahid

Mesti Baca

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak memberi ruang kepada mereka yang bermain sendiri, lebih-lebih lagi cuba menendang bola ke gawang sendiri.

Sebaliknya, kata Pengerusi BN itu, parti itu perlu bersatu, fokus kepada strategi dan saling menyokong untuk memastikan kejayaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Beliau berkata, keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan bukanlah sekadar strategi politik tetapi satu usaha murni untuk memastikan kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat. 

“Saya ingin mengingatkan seluruh anggota BN Negeri Sembilan bahawa setiap daripada kita mempunyai peranan penting dalam sebuah pasukan besar. 

“Kemenangan hanya mampu dicapai jika semua bergerak sebagai satu pasukan yang padu,” katanya hari ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian sempena Konvensyen BN Negeri Sembilan yang berlangsung semalam.

Advertisements

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan pucuk pimpinan BN Negeri Sembilan.

Beliau berkata, Negeri Sembilan menjadi contoh terbaik bagaimana kerjasama politik yang matang mampu membawa kejayaan dan kemakmuran yang lebih luas.

Katanya, bergerak ke hadapan, fokus perlu diberikan kepada menarik generasi muda, memanfaatkan teknologi serta menguasai media sosial di samping mendekati dan memahami aspirasi rakyat adalah kunci kepada keyakinan mereka terhadap BN

“Saya yakin, dengan kepimpinan yang mantap, prestasi cemerlang menteri BN dan kesungguhan setiap ahli, saya yakin Negeri Sembilan akan terus menjadi kubu kuat perjuangan kita.

“Marilah kita bersatu hati, menyusun langkah dengan rapi dan terus bergerak maju. Insya-Allah dengan semangat berpasukan dan kesepaduan yang jitu, BN pasti mampu mencipta sejarah baharu di Negeri Sembilan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan