23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 18, 2025

Akmal dakwa pengampunan Anwar tidak melalui lembaga

Mesti Baca

BAGAI kecewa dengan kenyataan terbaharu Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung rayuan Datuk Seri Najib Razak, Datuk Dr Akmal Saleh sebaliknya mempersoalkan pula proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO itu mendakwa proses pengampunan Perdana Menteri pada 2018 itu tidak melalui Lembaga Pengampunan memandangkan barisan Kabinet belum terbentuk ketika itu.

“Seperti yang dijangkakan. Allah maha berkuasa, kepada Allah kita berdoa agar keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak.

“Sekadar pertanyaan kepada Peguam Negara, ketika PMX (Anwar) dapat pengampunan dari YDPA (Yang di-Pertuan Agong) ketika itu, ada ke dibawa ke Lembaga Pengampunan? 

“Sebab ketika itu Kabinet pun belum dibentuk lagi. Rakyat mampu menilai,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

AGC dalam kenyataannya hari ini berkata,  Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar semua permohonan pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda mengikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undang-undang dan bukannya mana-mana saluran lain. 

Advertisements

Oleh itu, katanya, mana-mana pihak ingin mencadangkan supaya mana-mana banduan termasuk Najib Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumahnya, permohonan berkenaan perkara tersebut hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan.

Lembaga itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut tatacara dan saluran yang telah ditetapkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Untuk rekod rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-51 pada 16 Mei 2018.

Ia berdasarkan kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara ketika itu, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz (kini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bergelar Tan Sri) yang dikeluarkan para hari yang sama.

Kata beliau, keputusan itu selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV

Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan