30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

Malaysia dipilih semula sebagai Lembaga Pengarah SMIIC

Mesti Baca

MALAYSIA sekali lagi dipilih untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah The Standards and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC) bagi penggal 2025-2027.

Pemilihan Malaysia itu bersama 12 lagi negara anggota iaitu Arab Saudi, Cameroon, Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Mesir, Maghribi, Palestin, Tunisia, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Perhimpunan Agung SMIIC Ke-19 yang berlangsung di Istanbul, Turkiye.

Jabatan Standard Malaysia (JSM) berkata, sebagai struktur tadbir urus tertinggi di peringkat SMIIC, kepercayaan yang diberikan oleh ahli SMIIC dengan pelantikan semula bagi tempoh tiga tahun akan datang wajar dimanfaatkan sepenuhnya.

Katanya, dengan kedudukan sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Malaysia berpeluang menggubal dasar, hala tuju, perancangan program dan agenda standard dan pematuhan terutamanya sektor halal dalam kalangan negara-negara Islam OIC.

“Kemenangan ini membuktikan keyakinan negara-negara anggota terhadap keupayaan Malaysia dalam pembangunan infrastruktur kualiti yang mampan, termasuk memperkukuh bidang standardisasi dan akreditasi bagi industri halal,”kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements
Nor Latifah Hussin (tengah), Nur Afifah Ijap dari JSM dan Iszam Padil dari JAKIM yang mewakili Malaysia.

Pada perhimpunan agung itu, Malaysia diwakili oleh JSM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain ahli Lembaga Pengarah, Malaysia turut memenangi kerusi bagi Standardisation Management Council (SMC) dan Management of Accreditation Council (MAC), iaitu jawatankuasa-jawatankuasa yang memantau pembangunan standard dan aktiviti akreditasi di peringkat OIC.

Katanya, keanggotaan Malaysia dalam SMIIC telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah SMIIC sewaktu Perhimpunan Agung SMIIC Ketujuh pada 20 November 2014.

Perwakilan Malaysia di dalam SMIIC diwakili oleh JSM dan sejak itu, Malaysia telah menyumbang secara aktif kepada pembangunan dan pengharmonian standard antarabangsa melalui kepimpinan dan penglibatan dalam SMIIC. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bahasa kebangsaan identiti negara yang tidak wajar dipersoal

Oleh PROF MADYA DR SALINAH JAAFAR BAHASA Melayu atau bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.  Sewajarnyalah penggunaan...

Lagi Artikel Berkaitan