25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

Pearly-Thinaah tamatkan kemarau, juarai Terbuka Hong Kong

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah menjuarai badminton Terbuka Hong Kong selepas menyingkirkan beregu China Liu Sheng Shu-Tan Ning di Kowloon, sebentar tadi.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan di Jelajah Dunia BWF yang kali terakhir diperoleh hampir dua tahun lalu di Terbuka Perancis para Oktober 2022.

Pasangan negara menunjukkan permainan yang baik menerusi smash kencang dan pertahanan kental untuk menundukkan beregu ranking ketiga dunia itu 21-14, 21-14 dalam masa 38 minit.

Pada set pertama, Pearly-Thinaah berjaya menguasai gelanggang untuk mendahului 14-10 sebelum menang dalam masa 16 minit.

Pada set kedua,  Sheng Shu-Tan Ning cuba mencabar Pearly-Thinaah apabila kedua pasangan saling bertukar mata.

Advertisements

Namun pasangan negara menunjukkan pertahanan yang baik dan penguasaan gelanggang yang padu sehingga mereka mendahului 11-4 sebelum berehat.

Bagaimanapun, ketika berada di mata akhir 20-8, Pearly kelihatan mengalami sedikit kecederaan pada lutut kanan memaksa dia melakukan kesilapan demi kesilapan.

Ini membolehkan pasangan China memperoleh enam mata berturut-turut sebelum Tan Ning membuat kesilapan servis sekaligus menamatkan permainan dengan 20-14.

Kemenangan Pearly-Thinaah juga merupakan aksi balas dendam terhadap beregu China tersebut yang sebelum ini menumpaskan mereka di suku akhir Terbuka Jepun, pertengahan bulan lalu.

Ini merupakan kemenangan ketiga pasangan negara yang kini berada di ranking ke-10 dunia daripada tujuh pertemuan mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan