26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

APAD siasat kes kemalangan bas bawa rombongan guru di Muadzam

Mesti Baca

AGENSI Pengangkutan Awam Darat (APAD) memandang serius kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Kilometer 26 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin yang mengorbankan empat nyawa Ahad lalu.

APAD dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap insiden berkenaan sebelum sebarang tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.

Agensi itu berkata, tindakan awal telah dibuat dengan memanjangkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pihak syarikat terbabit bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian.

“Ditegaskan bahawa, sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen 45 atau seksyen 62 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] yang mana berkaitan.

“APAD tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan melibatkan kenderaan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan,” kata kenyataan itu hari ini.

APAD berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa rombongan sekolah seramai 39 orang penumpang dan dua orang pemandu dengan sebuah treler.

Advertisements

Katanya, bas persiaran tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke arah Kuantan (ke Terengganu).

“Semakan mendapati bahawa Bas Persiaran tersebut telah dilesenkan di bawah syarikat Zuzin Holiday Sdn. Bhd. manakala motorlori treler tersebut dilesenkan di bawah syarikat LSM Metal Ace Sdn. Bhd,” katanya.

Dalam kejadian tengah malam itu, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga Bahau, Muadzam Shah.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler yang membawa muatan gelung besi, sebelum terbalik dan jatuh di cerun jalan.

Bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menghadiri program penanda aras.

Empat orang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tersebut dengan dua daripadanya merupakan guru dari sekolah berkenaan manakala dua lagi ada pembantu operasi sekolah dan pemandu kedua bas berkenaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan