26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

7,424 tawaran ke MRSM, lebih 80 peratus kepada keluarga B40

Mesti Baca

SEBANYAK 7,424 tawaran dikeluarkan kepada seluruh pelajar untuk pengambilan tingkatan 1 dan 4 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sesi 2024 dengan lebih 80 peratus daripadanya untuk keluarga B40.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peratusan tawaran kepada B40 itu meningkat berbanding 60 peratus kuota yang ditetapkan sebelum ini.

Bagaimanapun beliau berkata, daripada 80 peratus tawaran kepada keluarga B40, hanya 76 peratus yang menerima tawaran tersebut.

“Lebih dari 6,000 tawaran telah diberikan kepada pelajar B40 untuk ditempatkan ke MRSM. Walaupun begitu, laporan perkembangan terkini tentang penerimaan tawaran oleh pelajar golongan tersebut adalah sebanyak 76 peratus.

“Pengambilan kuota B40 bagi pelajar MRSM sesi 2024 menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada kali ini. Dasar kita menetapkan bahawa 60 peratus kuota harus diisi oleh pelajar B40,” katanya.

Asyraf mengadakan lawatan ke MRSM Kuala Kubu Bharu bagi menyaksikan perjalanan pendaftaran pelajar tingkatan 1 di sekolah tersebut.

Seramai 126 pelajar tingkatan 1 menerima tawaran memasuki MRSM Kuala Kubu Bharu kali ini.

Advertisements

Asyraf Wajdi berkata, sejajae dengan hasrat tersebut, tahun ini MARA berjaya menyediakan tawaran melebihi daripada peratusan asal.

Katanya, ia sebagai usaha murni bagi mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah mendapat kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang terbaik menerusi sistem pendidikan MRSM.

Jelas beliau, ia juga membuktikan MARA tidak pernah memberikan keutamaan kepada golongan kaya sahaja dan mengabaikan hak golongan berpendapatan rendah seperti mana khabar angin oleh mereka yang sengaja memberikan provokasi di luar terhadap MRSM.

“Saya sangat berpuas hati dengan ketelusan, kecekapan oleh pengurusan MARA atas komitmen mereka yang sering memberikan kerjasama terbaik dalam mencapai agenda pemerkasaan modal insan dalam bidang pendidikan bumiputera,” katanya.”l

Asyraf Wajdi juga mengingatkan keluarga pelajar yang mengalami kesukaran kewangan untuk tidak sewenang-wenangnya menolak tawaran keemasan yang diberikan.

Hal ini kerana MARA menyediakan Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) bagi memberikan bantuan kewangan dan kelengkapan persekolahan kepada mereka yang datang daripada golongan keluarga berpendapatan rendah.

Program BUDI ini, katanya, adalah sebagai inisiatif keprihatinan MARA yang memfokuskan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk memastikan anak-anak MRSM mendapat kesamarataan dalam sistem pendidikan yang terbaik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan