26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024

OST Mar Rak tampil watak utama sebagai penyanyi

Mesti Baca

MEMAHAMI jalan cerita dan intipati filem Mar Rak arahan dan terbitannya membuatkan Datuk TS Jeffry menghasilkan sendiri runut bunyi (OST) filem berkenaan.

Lirik yang dihasilkan oleh beliau manakala lagu digubah bersama Kabir Bambu itu turut menampilkan empat watak utama filem ini sebagai penyanyi.

Mereka ialah Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James dengan membawakan lagu berjudul Seru Cinta.

Dengan tagline filem ‘cinta perlu pengorbanan nyawa’ lagu ini juga dilihat menepati keinginan TS Jeffry sendiri yang mahu empat watak utama itu menyanyikannya.

“Saya memilih mereka kerana yakin mereka akan lebih memahami dan menghayati lagu ini kerana masing-masing sudah faham dengan jalan cerita filem Mar Rak.

“Memegang watak utama dalam filem ini ia lebih memudahkan mereka membawakan lagu ini dengan lebih berkesan dan menjiwai setiap lirik yang dilontarkan,” katanya.

Mar Rak membawa maksud Mar (bahasa Kelantan maksudnya mari) Rak pula dalam bahasa Siam iaitu cinta dan maksudnya begitu besar.

Selain mengetengahkan tentang dramatari Menora filem itu turut diselitkan genre aksi, thriller dan suspen thriller.

Advertisements

TS Jeffry berkata, filem itu dihasilkan daripada kisah dramatari Menora disebabkan semakin hari seni ini semakin dilupakan.

“Apabila ditanya kepada anak muda sekarang, ramai yang tidak tahu tentang Menora, mereka tanya itu Makyong ke? Sedangkan Menora ini lebih tua usianya dari Makyong.

“Sebagai anak Kelantan filem ini ibarat hadiah khas saya untuk orang Kelantan dan orang luar untuk lebih mengenali apa itu Menora.

“Di penghujung cerita Mar Rak ini saja saya buat tergantung sedikit, kerana saya berharap jika ada untung dan dapat sambutan, saya mahu buat sambungan Mar Rak 2 pula.

“Saya lihat banyak lagi yang boleh dikembangkan dalam filem ini nanti untuk era 2000 pula,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap semua rakyat Malaysia memberi sokongan terhadap filem ini nanti.

Mar Rak menampilkan cerita dramatari Menora yang juga salah satu budaya Kelantan yang digabungkan dimana ceritanya lebih kepada perpaduan bangsa.

Filem ini menampilkan kreativiti dan teknik Computer-Generated Imagery (CGI) dan bakal mencatat sejarah tersendiri. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua pesawah dari Pendang wakili negara ke Konvensyen PBB

DUA pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen...

Lagi Artikel Berkaitan