24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 13, 2024

City setuju beli Gvardiol

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA Eropah, Manchester City bersetuju untuk mendapatkan pemain pertahanan Crotia, Josko Gvardiol dari RB Leipzig dengan yuran perpindahan sekitar RM451.3 juta.

Jumlah tersebut hanya kurang beberapa juta daripada rekod perpindahan pemain pertahanan termahal yang dicatatkan Manchester United ketika mendapatkan Harry Maguire dengan harga RM462.9 pada 2019.

City melihat pemain pertahanan berusia 21 tahun bakal menjadi tonggak utama kelab dalam tempoh sedekad dan ketibaan pemain itu akan diumumkan beberapa hari lagi.

Pengurus City, Pep Guardiola dilaporkan berkata, beliau mahu perpindahan tersebut diselesaikan sebelum aksi Perisai Komuniti menentang Arsenal pada Ahad ini.

Dalam pada itu, kelab terdahulu Gvardio, Dinamo Zagreb juga bakal menerima 20 peratus daripada yuran perpindahan tersebut.

Advertisements

Sementara itu, Gvardiol dilihat hanya berada di tempat duduk penonton ketika aksi persahabatan Leipzig menentang Sint-Trudense dan Altglienicke awal pagi tadi.

Rakan senegara yang juga rekrut baharu City, Mateo Kovacic baru-baru ini berkata, pemain pertahanan tersebut telah bersedia untuk mara ke peringkat seterusnya dalam kariernya.

“Josko mempunyai potensi besar. Dia boleh dan datang ke mari dan menjadi yang terbaik. Semestinya saya menyukainya, kami berkawan baik dan di juga pemain Crotia.

“Dia telah beraksi banyak perlawanan penting dan saya fikir Gvardiol sedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya (dalam karier),” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan