32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tugaskan murid tak berdisplin cuci tandas isyarat salah

Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab individu, tidak kira murid nakal atau tidak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CADANGAN agar murid yang mempunyai masalah disiplin ditugaskan mencuci tandas sekolah adalah satu isyarat yang salah, kata seorang pensyarah pendidikan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan, Dr Anuar Ahmad berkata, ini kerana tanggungjawab mencuci tandas dan menjaga kebersihan tidak boleh disamakan dengan ‘hukuman kerja sosial’.

“Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab individu. Tidak kira murid miskin atau kaya, murid pandai atau lemah akademik, murid nakal atau tidak.

“Mencuci tandas bukan kerja kotor. Mencuci tandas adalah kerja mulia untuk kita sentiasa hidup dalam persekitaran yang bersih.

“Tandas mesti difahami sebagai dalam ruang pendidikan kebersihan. Ilmu yang penting dan mesti dikuasai oleh setiap individu murid,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Anuar mengulas cadangan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasiopnal (PIBGN) yang menggerakkan murid-murid liar disiplin, terlibat kes buli dan lain-lain untuk mencuci tandas.

Kata persatuan itu, kumpulan murid terbabit boleh diarah menjalankan kerja-kerja sosial seperti membersihkan tandas di sekolah masing-masing.

Cadangan berkenaan bagi menyokong teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan tidak dibaik pulih sebaiknya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga dilaporkan akan memperincikan ruang pelaksanaan untuk melibatkan pelajar dalam siri pendidikan kebersihan di sekolah. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan