24.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Tun M sentiasa salahkan orang lain – Ramasamy

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengakui kelemahannya dalam politik dengan sentiasa menyalahkan pihak lain

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ll berkata, bekas Perdana Menteri dua kali itu mengamalkan politik khayalan dengan menyangkakan dirinya maksum.

Katanya, sebagai bukti Dr Mahathir melompat ‘kapal’ dari UMNO ke Bersatu pada 2016, dari Bersatu ke Pejuang pada 2020, ke Gerakan Tanah Air (GTA) pada tahun sama.

“Dr Mahathir mungkin tidak bersama parti politik atau gabungan, tetapi dia sangat berpolitik, satu bentuk politik yang sangat dipersoalkan.

“Bagi Dr Mahathir, melompat dari satu parti ke parti lain adalah disebabkan kegagalan pihak lain. Ia tidak pernah salah atau kegagalannya,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Advertisements

Tambahnya, dakwaan Mahathir bahawa GTA gagal meraih sokongan dilihat ironi dengan kekalahan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu di kawasannya sendiri pada pilihan raya umum ke-15 baru-baru ini.

“Mahathir mengisytiharkan beliau meninggalkan GTA kerana gabungan itu gagal mendapat sokongan orang Melayu.Tapi sebaliknya dia sendiri kalah di Langkawi,” jelasnya.

Dakwa Ramasamy lagi, Dr Mahathir kini dilihat menggerakkan Proklamasi Orang Melayu sebagai inisiatif terbarunya untuk menyatukan komuniti termasuk membabitkan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan parti lain untuk menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan.

“Beliau beranggapan bahawa dengan mengenepikan parti politik, beliau akan mendapat sokongan orang Melayu dalam PKR dan Amanah mahupun Umno dalam hal itu.

“Seperti yang telah saya hujahkan sebelum ini, Proklamasi Orang Melayu bukanlah untuk memperbaiki nasib orang Melayu tetapi bertujuan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

95,000 syarikat di bawah HRD Corp bakal latih pelajar IPMA

SEBANYAK 95,000 syarikat yang bernaung di bawah HRD Corporation (HRDC) sedia menanti para pelajar latihan dalam industri daripada institusi...

Lagi Artikel Berkaitan