29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tun M saman PM Anwar RM150 juta 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman berjumlah RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan bahawa beliau mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa.

Ucapan itu dibuat perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lalu.

Peguam Mahathir memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi di Shah Alam 3 Mei lalu.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menuntut ganti rugi am RM50 juta dan teladan sebanyak RM100 juta.

Pada 17 April lalu, Mahathir dilaporkan akan meneruskan tindakan undang-undang selepas Anwar tidak mematuhi surat tuntutan agar membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung dakwaan yang dibuat.

Menurut salinan pernyataan tuntutan, Mahathir mendakwa Anwar, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR, membuat kenyataan tidak benar dan tidak berasas dengan niat untuk menimbulkan persepsi negatif terhadapnya.

Dalam ucapan sama, Anwar mendakwa individu berkenaan tidak membayar cukai dan memindahkan kekayaannya ke luar negara.

Namun, Anwar tidak menyebut nama Mahathir tetapi merujuk tempoh pemerintahannya dengan berkata, “Ada orang sekarang, setelah 22 tahun, campur 22 bulan jadi berkuasa, sekarang mengeluh” pada ucapan itu. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan