31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Syed Hamadah CEO TH baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Syed Hamadah Syed Othman dilantik sebagai Anggota Lembaga dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH).

Perlantikan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan hari ini

Menurut Mohd Na’im, lantikan itu berkuat kuasa 6 Mei dan pengalaman luas Syed Hamadah dalam pengurusan korporat akan memacu TH sebagai tonggak kejayaan ekonomi ummah serta institusi pengurusan haji terbaik dunia.

“Syed Hamadah bin Syed Othman mempunyai ijazah dalam bidang Statistik dan Matematik Aktuari dari Heriot Watt University, Edinburgh. 

“Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Pengarah di Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd. 

“Beliau turut memiliki pengalaman luas dalam pengurusan korporat selain merupakan Felo di Fakulti Aktuari, United Kingdom dan Felo di Persatuan Aktuari Malaysia.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan menjalankan amanah demi agama, negara serta ummah,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Amrin Awaluddin atas segala jasa bakti dan perkhidmatan terbaik yang diberikan sebelum ini kepada pengurusan TH. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan