30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 4, 2024

RM6.3 juta untuk Majlis Rumah Terbuka Madani di tiga negeri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan membelanjakan sebanyak RM6.3 juta untuk majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah menelan belanja RM3.1 juta yang bersifat kebangsaan kerana melibatkan jemaah menteri, perwakilan asing serta ketua jabatan kerajaan.

“Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kelantan dan Terengganu masing-masing RM1.5 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas dari PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang bertanya kos keseluruhan enam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

Advertisements

Kata Armizan lagi,  kos penganjuran di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor ditanggung kerajaan negeri masing-masing.

“Jumlah perbelanjaan ini meliputi semua perkara seperti persiapan tempat, logistik dan perbelanjaan jamuan kepada orang ramai.

“Jumlah kehadiran untuk program di Kedai adalah seramai 25,000 orang. Manakala di Kelantan dan Terengganu adalah 15,000 orang pengunjung di setiap negeri.

“Berbanding pada penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri tahun lalu yang diadakan di Seri Perdana yang menelan belanja RM11 juta dengan kehadiran seramai 70,000 orang,” katanya.  – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia cadang bawa inisiatif JELITA ke peringkat ASEAN – Zahid

MALAYSIA bercadang untuk membawa insiatif Pemerkasaan Pekerjaan melalui Pembelajaran dan Kemajuan Teknikal Inklusif (JELITA) ke peringkat ASEAN bagi merapatkan...

Lagi Artikel Berkaitan