31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

PRN: Warisan tidak bertanding di enam negeri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PARTI Warisan (Warisan) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan hanya membantu menyokong calon yang akan bertanding nanti.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan, baru-baru ini.

“Saya sudah nasihatkan untuk mereka jangan bertanding dan saya telah maklumkan dalam mesyuarat induk Perpaduan baru-baru ini bahawa kita tidak akan minta kerusi walaupun pada peringkat awal ada usaha nak bagi Warisan di Kedah.

“Saya beritahu kita menyokong, bagi memastikan bahawa tidak perlu kita bertanding walaupun kita ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), walaupun kita ada kekuatan semasa pilihan raya peringkat Parlimen ada 4,000 undi, bukan tidak boleh bertanding tetapi kita mahu sebab itu keikhlasan kita,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat di Tanjung Aru pada Rabu.

Menurut Mohd Shafie, keputusan itu termasuk tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang disandang Bryan Lai Wai Chong di Selangor.

“Bila saya bincang dengan dia (Bryan Lai), selepas itu saya bincang dengan Menteri Besar dan saya ada cadangan dan itu terserah dengan Menteri Besar bagaimana untuk membantu,” katanya.

Ujar Mohd Shafie lagi, Warisan tiada jentera sendiri di PRN yang berlangsung di enam negeri, namun mempunyai penyokong yang boleh membantu calon yang akan bertanding nanti.

Terdahulu, ADUN Teratai, Lai Wai Chong mengesahkan untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada PRN negeri akan datang.

Beliau yang merupakan satu-satunya wakil rakyat tunggal Warisan yang menang bertanding di Selangor pada PRU14 lalu.

Keputusan itu dibuat selaras dengan kehendak partinya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan