24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Parlimen: Agong perkenan 5 akta

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LIMA akta telah dilulus dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng berkata, ia membabitkan Akta Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.

“Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka nak memberitahu Majlis ini bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu,” katanya ketika memulakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini.

Beliau kemudian turut menyampaikan perutusan daripada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Advertisements

“Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menerima satu perutusan daripada Yang Dipertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap semua 13 rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat, pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu,” jelasnya.

Selain itu, Alice turut memaklumkan Hari Terbuka Parlimen selama dua hari yang diadakan pada 6 dan 7 Mei lalu mendapat sambutan yang baik, dan akan dijadikan acara tahunan Parlimen.

“Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari Terbuka Parlimen,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan