30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Minyak penyejuk kabel punca kebakaran Mid Valley?

Mesti Baca

SIASATAN awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran pusat beli belah, Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terlampau panas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur, M. Fatta M. Amin berkata, minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik. 

“Tetapi, dipercayai terdapat haba yang berlebihan daripada pencawang itu yang sekali gus sampai ke tahap terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut beliau, terdapat empat pencawang utama TNB di bangunan Mid Valley namun hanya satu yang terbakar manakala tiga lagi tidak terjejas.

Katanya, kesemua pencawang itu mampu membekalkan elektrik dalam radius hingga 10 kilometer dari bangunan Mid Valley.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan awal polis mendapati tiada unsur khianat dikesan berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, polis masih menunggu siasatan lanjut daripada forensik JBPM,” katanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Amihizam berkata beliau difahamkan setakat ini bekalan elektrik hanya terjejas di bangunan Mid Valley.

“Bagi kawasan dalam radius 10 km dari sini, saya mendapat laporan bahawa pihak TNB telah pun mengambil langkah-langkah tertentu dan bekalan elektrik tidak terjejas,” katanya.

Terdahulu, tular beberapa video dalam media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. – BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan