25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Jabatan Peguam Negara nafi keluar kenyataan media pendakwaan KSN

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Peguam Negara (AGC) menafikan sekeras-kerasnya mengeluarkan kenyataan media mengenai proses pendakwaan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dalam satu kenyataan hari ini menafikan bahawa AGC ada mengeluarkan kenyataan itu seperti yang tular di media sosial.

Beliau merujuk kepada kenyataan media palsu bernombor rujukan PRO.100-3/6/4 Jld. 5 (11) Pendakwaan Ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang disebarkan.

Sebelum ini, sebuah kenyataan yang bertarikh 5 Mei itu lengkap dengan nombor rujukan fail, kepala surat jabatan dan diakhiri dengan pengesahan kandungan oleh Peguam Negara.

Advertisements

Kenyataan media itu menyebut kononnya dikeluarkan AGC berkait pendakwaan terhadap Ketua Setiausaha Negara.

Menerusi kenyataan media palsu itu, Jabatan Peguam Negara dikatakan menerima kertas siasatan berhubung isu pendakwaan ke atas Zuki dari Pegawai Khas Perdana Menteri atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan