25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Isu air: PM adakan pertemuan dengan MB Kelantan, KM Sabah minggu depan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERDANA MENTERI, DATUK Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dengan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan Sabah  bagi menyelesaikan isu bekalan air di kedua-dua negeri tersebut pada minggu hadapan.

Kata Anwar, komitmen untuk menyelesaikan kemelut air menyebabkan beliau akan mengubah suai jadualnya bagi bertemu kedua-dua pemimpin.

Selan itu, Anwar menjelaskan, satu pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) serta Kementerian Kewangan (MOF) turut diadakan bagi membincangkan isu tersebut.

“Saya cuba ubah suai jadual untuk minggu depan. Begitu juga dengan Sabah. Seperti mana saya sebutkan, saya sedang mengatur pertemuan dengan NRECC, MOF dan Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui media pada Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, di Konvensyen Kerajaan Perpaduan minggu lalu, Anwar menegaskan, kerajaan amat komited dalam mencari jalan menyelesaikan isu tersebut yang lama berlarutan setelah mendapat input daripada pemimpin kedua-dua negeri. 

Perdana Menteri memaklumkan akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bagi menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan