34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Bundesliga: Kekalahan Bayern buka peluang Dortmund raih kejuaraan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BAYERN Munich melepaskan kawalan dalam misi mempertahankan kejuaraan Bundesliga apabila tewas 3-1 kepada RB Leipzig di Allianz Arena, malam tadi.

Penyandang juara itu mendahului menerusi jaringan Serge Gnabry di minit ke-25.

Leipzig bertindak balas dengan menyaksikan Konrad Laimer menyamakan kedudukan pada minit ke-64 buat pelawat di separuh masa kedua.

Bayern kemudian dikejutkan dengan dua penalti Leipzig di lewat permainan yang menyaksikan skuad bimbingan Thomas Tuchel rebah di laman sendiri pada perlawanan ini.

Christopher Nkunku bertindak menyempurnakan jaringan selepas dijatuhkan oleh Benjamin Pavard di minit ke-76.

Dominik Szoboszlai menyudahkan jaringan penalti kedua Leipzig ketika perlawanan memasuki minit je-86 selepas bola terkena tangan Noussair Mazraoui.

Bayern kini memerlukan Borussia Dortmund untuk tergelincir dalam salah satu baki perlawanan mereka di Augsburg dan menentang Mainz Sabtu depan.

Kemenangan Dortmund kedua-dua perlawanan ini akan memadam peluang mereka merangkul kejuaraan ke-11 berturut-turut. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan