33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Doktor kontrak: Jawatankuasa Peringkat Tertinggi ditubuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KABINET bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara pada masa kini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, jawatankuasa itu akan menggabungkan beberapa kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, beberapa hari ini terdapat banyak berita tular menerusi media sosial mengenai jemputan penganjuran mogok dalam kalangan doktor kontrak yang akan diadakan pada 3 hingga 5 April ini.

Dr Zaliha berkata, isu doktor kontrak ini adalah isu lama yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2016 lagi akibat lambakan doktor di pasaran ketika itu.

Tambahnya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok itu, tetapi berpandangan tindakan itu bukan satu penyelesaian terbaik terhadap permasalahan berkaitan profesion perubatan atau mana-mana skim profesional yang lain.

“Sebaliknya perkara ini perlu ditimbang dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan merupakan perkhidmatan kritikal, melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respons terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan.

“Antaranya adalah mewujudkan penjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara ‘time-based’, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya. Skim kesihatan yang lain juga diambil peduli dan ditambah baik, “katanya.

Ujar beliau, KKM sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Justeru, mogok bukan penyelesaian terbaik dan permasalahn timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama secara lebih profesional dan berhemah.

“Selaku penjawat awam, sama ada berjawatan tetap atau kontrak, mereka adalah tertakluk kepada integriti penjawat awam dan Etika Perkhidmatan Awam,” tegas Dr Zaliha. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan