31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Polis rekod keterangan pelakon, pengarah filem Mentega Terbang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah mengambil keterangan pengarah dan seorang pelakon filem Mentega Terbang, hari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, kedua-dua individu itu dirakam percakapan pada pukul 10.30 pagi tadi di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman

“Rakaman percakapan ke atas penerbit filem pula akan dirakamkan pada 14 Mac ini (Selasa).

“Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Terdahulu, media melaporkan pengarah dan salah seorang pelakon filem itu, Khairi Anwar Jailani dan Arjun Thanaraju dipanggil ke Bukit Aman hari ini.

Filem kontroversi indie, Mentega Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi kerana didakwa memaparkan jalan cerita yang bertentangan dengan akidah islam dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.

Filem arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng itu mula ditayangkan pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

Difahamkan, filem  ini berada dalam talian sejak 2021.

Menteri Hal Ehwal Agama Na’im Mokhtar sebelum ini dilaporkan berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyemak kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan akidah Islam.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, platform aplikasi penstriman Viu mengeluarkan filem kontroversi itu pada 27 Februari lalu.

SKMM berkata, pihaknya komited bekerjasama dengan Jakim bagi memantau kandungan bercanggah dengan ajaran Islam.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan