26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, July 15, 2024

4 premis beroperasi tanpa permit dikompaun, sita

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK empat premis yang menjalankan aktiviti hiburan dikenakan kompaun oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas dikenalpasti beroperasi tanpa permit dalam serbuan dilakukan penguatkuasa di Brickfields dan Sri Petaling, Jumaat lalu.

DBKL menerusi kenyataan berkata, serbuan terbabit dilakukan hasil risikan dan maklumat yang diterima ke atas beberapa premis yang menjalankan aktiviti urut dan aktiviti hiburan di Brickfields dan Sri Petaling.

“Semakan mendapati empat premis yang diserbu telah melakukan beberapa kesalahan antaranya, beroperasi tanpa lesen sah serta aktiviti bar dan hiburan tanpa lesen.

“Sehubungan dengan itu, satu tindakan notis, kompaun, sitaan serta penutupan premis serta-merta telah dikenakan,” katanya.

Advertisements

DBKL berkata, premis berkenaan akan disiasat dibawah UUK 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, UUK 22(1)(d) UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan NTPK Akta Hiburan (WPKL) 1992 dibawaj Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b).

Menurut DBKL, pihaknya juga menyita barangan berkaitan pengoperasian melibatkan ke atas premis yang diperiksa.

“Sejumlah sembilan pekerja turut ditahan bagi membantu siasatan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk rancangan Felda

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM31.7 juta bagi melaksanakan projek ekonomi tambahan...

Lagi Artikel Berkaitan