25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

3 remaja keluarkan kepala daripada ‘sunroof’ dikesan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan individu yang merakam video memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membenarkan tiga remaja mengeluarkan kepala melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video tular yang dimuat naik melalui kumpulan Facebook Malaysia Automotive Shiftposting, semalam.

Menurutnya, polis sedang mengesan perakam video itu bagi membantu siasatan.

“Pemandu MPV serta tiga remaja berkenaan yang berusia 13 dan 16 tahun sudah dikesan. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 10.40 malam kelmarin di Jalan Sultan Idris Shah.

“Semasa kejadian ibu remaja berkenaan berada dalam MPV terbabit yang dipandu oleh saudara mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Yahaya berkata, individu yang merakam dua video itu pada masa kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 untuk membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan