25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

1,520 penjawat awam jadi sukarelawan pascabanjir

Misi lebih tertumpu kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, pendidikan, bangunan kerajaan serta tempat awam.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,520 penjawat awam menerusi Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) mewakili semua kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan menabur bakti menjadi sukarelawan pascabanjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan bantuan sukarelawan itu dikhususkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat, Johor.

Menurutnya, sebanyak 153 buah kenderaan yang terdiri daripada 26 buah bas atau coaster, 16 buah van, lapan buah lori, 64 buah kenderaan pacuan empat roda dan 39 buah kereta digerakkan dalam operasi bantuan itu.

“Saya ingin ucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dan saya doakan agar dipermudahkan segala urusan buat semua,” katanya dalam Facebook hari ini.

Majlis Pelepasan PSPA Pascabanjir ke negeri Johor itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Bulatan Putra Perdana, Putrajaya.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, misi berkenaan lebih tertumpu dan bersasar kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, pendidikan, bangunan kerajaan serta tempat awam.

Pada 17 Mac lepas, Anwar mengarahkan semua jentera kementerian membantu misi pascabanjir di Johor dengan RM150 juta peruntukan tambahan telah disegerakan oleh Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri pada majlis tersebut merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang menyertai misi pascabanjir di Johor itu serta menyifatkannya sebagai tindakan luar biasa.

“Kehadiran saudara saudari, percayalah dapat mengurangkan (beban) rakyat yang tertekan. Saya berdoa kita semua dapat jalankan tugas dengan ikhlas dan diberkati,” katanya.

Untuk rekod, Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menunjukkan penurunan dengan 6,740 orang masih ditempatkan di 43 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 7,972 orang di 44 PPS yang direkodkan pada 8 malam tadi.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan