32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Siapa kata demokrasi sudah mati dalam UMNO?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan timbalannya tidak dipertandingkan bukan bermakna bahawa demokrasi sudah mati dalam parti itu.

Sebaliknya, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, keputusan telah dibuat secara demokratik melalui proses undian.

“Tidak sampai 60 orang yang membantah daripada kira-kira 2,000 perwakilan,”katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Perhimpunan Agung UMNO tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan termasuk menghalang pemilihan jawatan tertinggi parti dijalankan setiap tiga tahun atau pun membuat penangguhan.

Mohd. Puad menambah, dalam demokrasi ada pengundian dan menang dengan majoriti satu undi pun adalah demokratik.

“Tidak ada siapa boleh mendakwa definisi demokrasinya adalah tulen.

“Demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan juga adalah demokrasi mengikut acuan Malaysia,”ujar beliau.

Baca juga:   Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Beliau memberitahu, pemecatan dan penggantungan juga adalah demokrasi dan tindakan itu diputuskan oleh MKT setelah dicadangkan oleh Lembaga Disiplin UMNO.

“Ada yang tidak mahu merayu, mereka itulah yang menolak demokrasi,” katanya.

Mohd. Puad percaya UMNO tetap meriah malah ramai yang menawarkan diri bertanding jawatan naib presiden, ketua sayap, ketua bahagian dan ketua cawangan.

“Siapa kata demokrasi sudah mati dalam UMNO?,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Azalina bentang RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak

Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 untuk melindungi kanak-kanak secara menyeluruh dibentang buat kali pertama di...

Lagi Artikel Berkaitan