26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Mohamad Sabu kini bergelar Datuk Seri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Amanah yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, mengetuai senarai penerima gelaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Mohamad menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Yang di-Pertuan Agong, bersama enam lagi penerima darjah kebesaran itu.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan agar kerajaan melipatgandakan usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan membangunkan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar raya unggul dan mampan.

“Beta berharap bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan dapat diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan.

“Ini termasuk meningkatkan peluang pekerjaan serta membantu mengurangkan kos sara hidup yang membelenggu golongan miskin bandar serta yang kurang berkemampuan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 di Istana Negara hari ini.

Baca juga:   Kes harian lepasi 6,000 dengan 6,630 kes hari ini

Baginda turut menzahirkan rasa gusar berhubung banjir kilat yang sering melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putraya dan Labuan yang menurut baginda harus ditangani segera.

“Perkara ini bukan sahaja dapat memberi kesan buruk kepada rakyat beta, malahan boleh menjejaskan kerancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Justeru, pembangunan hendaklah sentiasa seiringan dengan inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan di kawasan tinggi serta berbukit, termasuk di kawasan yang menjadi tadahan hujan haruslah dikawal selia,” titahnya.

-EDISI9

Baca juga:   Gabungan PN, BN dah tak relevan - Puad Zarkashi

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan