26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Malaysia kutuk serangan bom di masjid Peshawar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati di sebuah masjid di Police Lines, Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan kelmarin.

Menurut Kementerian Luar, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat serta kerajaan Pakistan.

Katanya, Malaysia mengulangi pendirian menolak sebarang tindakan keganasan atas insiden tragis yang mengorbankan 96 nyawa dengan lebih 100 mangsa cedera.

“Kami bersolidariti bersama rakyat Pakistan dalam memerangi keganasan. Kami menyeru agar pelaku jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kementerian menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau perkembangan terkini insiden itu serta berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

“Suruhanjaya tersebut turut menasihatkan rakyat Malaysia di Pakistan agar berwaspada dalam setiap aktiviti mereka.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian (+92 5120 2900) atau e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.

Baca juga:   Malaysia sumbang RM900,000 untuk mangsa banjir Pakistan

Angka kematian akibat insiden pengeboman itu meningkat kepada 100 nyawa susulan lebih banyak mayat ditemukan dalam runtuhan masjid pada Selasa.

Pengebom bunuh diri disyaki menyasarkan anggota polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Masjid berkenaan terletak di zon keselamatan tinggi, termasuk membabitkan pelbagai unit keselamatan seperti Polis Ibu Kota, Polis Simpanan Sempadan, Pasukan Polis Elit dan jabatan anti keganasan.

Lebih 220 jemaah cedera dalam letupan itu, dan kebanyakan mangsa adalah anggota polis. – Edisi 9

Baca juga:   RUU Antilompat Parti akan dipersembah kepada Agong

Wartawan

Terkini

KPM dalam proses akhir muktamad Dasar Pendidikan Digital

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses akhir untuk memuktamadkan Dasar Pendidikan Digital (DPD) yang akan menjadi elemen penting dalam...

Lagi Artikel Berkaitan