26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Astro, RTM penyiar rasmi Liga Malaysia 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIAN Football League (MFL) hari ini mengumumkan dua stesen televisyen terkemuka tempatan, Astro dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai rakan penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.

Penglibatan Astro dan RTM ini bakal menjanjikan siaran perlawanan serta liputan yang lebih komprehensif bagi Liga Malaysia musim ini demi kepuasan tontonan peminat tanah air.

Semua perlawanan yang akan disiarkan oleh Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia boleh di tonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.

Manakala RTM pula akan menyiarkan secara langsung 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 merangkumi beberapa saingan termasuk Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia menerusi saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.

Menurut Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga Malaysia 2023 yang akan bermula 24 Februari depan.

“Pada tarikh tersebut sebagai pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya percaya, dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air malah ia dapat meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia yang akhirnya akan memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain,” katanya di sini. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan