26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Anwar ke pejabat selepas jalani pemeriksaan di IJN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Bagaimanapun, beliau disahkan sihat dan dapat menjalankan tugas-tugasnya seperti biasa.

Sehubungan itu, beliau telah ke pejabatnya di Putrajaya bagi menyelesaikan tugas-tugasnya sejurus selesai menjalani pemeriksaan di IJN walaupuun pada cuti Thaipusam.

“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di IJN.

“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” katanya hari ini.

Anwar turut berkongsi gambar beliau bersama Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangannya, Nurul Izzah dan Setiausaha Politik beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Sebelum itu, media melaporkan Perdana Menteri tidak dapat menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves kerana tidak sihat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar ketika sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy.

-EDISI9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan