26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

6 pegawai, anggota polis didakwa bunuh pemandu e-hailing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ENAM pegawai dan anggota polis antara tujuh individu disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan di sebuah ladang sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau petang ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pihak polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kes pembunuhan yang melibatkan seorang pemandu e-hailing pada 13 Januari lalu.

Menurutnya, kertas siasatan telah lengkap dan dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

“Oleh itu, semua tangkapan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau hari ini. Selain itu, pihak polis juga pada 30 Januari lalu telah menuduh seorang wanita yang juga isteri kepada mangsa di atas kesalahan sama.

“Semua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Mac depan.

Mahkamah Majistret Tawau sebelum ini mendakwa seorang penganggur, Nurima Juli, 33, atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, Tawau antara 7.30 hingga 9 malam pada 13 Januari.

Terdahulu, tempoh reman lapan anggota polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes bunuh pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit dilanjutkan tujuh hari bermula 1 Februari.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan permohonan lanjutan reman oleh polis pada prosiding di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan