26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

Sebab digantung tidak dinyatakan – Hishammuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan telah menerima surat rasmi penggantungan keahliannya, semalam.

Walau bagaimanapun, bekas Menteri Pertahanan itu berkata, beliau masih tidak mengetahui sebab-sebab beliau dikenakan hukuman tersebut oleh Majlis Kerja Tertinggi parti kerana tidak dinyatakan.

“Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Tangkap llayar surat penggantungan keahlian UMNO yang diterima Hishammuddin.

Beliau turut memuat naik surat penggantungan keahlian UMNO yang diterima dan ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kandungan surat itu menyatakan bahawa Mesyuarat MKT UMNO pada 27 Januari lalu memutuskan bahawa Hishammuddin digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana tindakan melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Ia menyatakan penggantungan itu adalah selama enam tahun bermula 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan MKT UMNO.

Baca juga:   Warga emas meninggal dunia di pusat mengundi di Muar

Hishammuddin antara empat yang digantung keahlian selama enam tahun kerana didakwa melanggar disiplin parti.

Ahli UMNO yang menerima nasib sama (penggantungan) ialah Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Pada mesyuarat MKT UMNO itu, parti turut memecat keahlian bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin. – Edisi 9

Baca juga:   Shahidan cadang Zahid kekal presiden seumur hidup

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan