27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 8, 2024

Kesesakan di tol RFID: Semua pihak dipanggil bincang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEMUA pihak terlibat telah dipanggil bagi menyelesaikan isu kesesakan dan gangguan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Ini susulan kelemahan dan ketidakcekapan penggunaan RFID, sehinggakan mengakibatkan kesesakan.

Perkara berkenaan terdahulu telah dibangkitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menerusi ciapan di twitternya.

Abdul Rahman turut memanjangkan isu tersebut kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Nanta yang menerima aduan berkenaan berkata, beliau menyedari perkara tersebut dan sudah memanggil mereka yang terlibat untuk mengadakan perbincangan dengan segera.

“Saya sedar sepenuhnya tentang isu ini. Saya juga sudah memanggil semua pihak terlibat untuk mengadakan perbincangan secepat mungkin,” katanya.

Advertisements

Abdul Rahman melalui ciapannya kepada Loke menzahirkan kekecewaan berkaitan ketidakcekapan RFID dan menyatakan isu tersebut telah berlarutan terlalu lama.

“MyRFID ini sangat mengecewakan! Daripada membuat lalu lintas lancar, kecekapannya sangat tidak menentu sehingga anda tidak yakin untuk memandu ke lorong tersebut!

“Rakyat Malaysia bertolak ansur untuk beberapa bulan pertama bagi membenarkan percubaan dan kesilapan. Tetapi ini telah berlalu terlalu lama! Tolonglah bro Loke,” katanya.

Sementara itu, Loke yang memberi respon terhadap ciapan itu berkata, RFID di plaza tol bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan.

“Salam bro. RFID di plaza tol bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan. Ia di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Bagaimanapun, saya akan berbincang dengan Nanta (Menteri Kerja Raya). Terima kasih atas maklum balas,” kata beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KLDX, AsiaNext perluas pasaran aset digital di rantau ini

BURSA sekuriti digital, KLDX menjalinkan kerjasama dengan bursa sekuriti aset digital, AsiaNext bagi memperluaskan pasaran aset digital di rantau...

Lagi Artikel Berkaitan