29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Dr Mahathir tuduh Najib rosakkan akhlak Melayu dengan sogokan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menerus menyalahkan orang Melayu konon hanya memberi undi kepada parti-parti yang menyogok mereka dengan wang.

Pemimpin berusia 97 tahun itu mendakwa, orang Melayu rela disogok dengan wang walaupun sebesar RM100 kerana mereka tidak perlu bekerja untuk mendapatkannya.

Beliau mendakwa, itu semua berpunca daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengajar orang Melayu untuk mendapatkan wang secara percuma sehingga meruntuhkan akhlak mereka.

Ekoran itu, bekas Perdana Menteri itu mendakwa parti-parti yang tidak mempunyai wang dan menyogok orang Melayu akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya umum (PRU).

“Dalam PRU orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat bekerja. RM100 percuma lebih baik dari gaji RM2,000 sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan.

“Sebaliknya RM100 untuk undi tidak perlu kerja. Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU-15.

“Sebab itu yang tak bagi duit kalah. Yang menang dalam PRU-15 ialah yang sogok duit. Yang mampu sogok ialah pencuri. Yang menang dan diri Kerajaan adalah pencuri. Apabila pencuri jadi kerajaan, duit kerajaan pun dicuri.

“Inilah Melayu Najib. Sampai bila-bila pun Kerajaan Malaysia akan terdiri dari pencuri. Yang tak ada duit dan tidak sogok akan kalah,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Untuk rekod parti Dr Mahathir, Pejuang bersama beberapa parti lain yang bergabung di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) gagal memenangi sebarang kerusi daripada 120 kerusi yang ditandingi dalam PRU-15 lalu.

Malahan, beliau sendiri gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenangi pada PRU sebelumnya dan hanya memperoleh 4,566 undi.

Dr Mahathir berkata, akhlak orang Melayu pada hari ini sudah berubah apabila dahulu mereka akan malu apabila dituduh mencuri tetapi hari ini perasaan itu tidak ada lagi.

Sambil menuding jari kepada Najib yang kini dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa berhubung kes SRC International, Dr Mahathir memberi jolokan Malaysia sebagai negara kleptokrasi, negara pencuri.

“Tidak sekarang. Apa nak malu. Boss pun tak malu bila curi berbillion. Inikan pula sedikit sahaja. Nak malu apa.

“Benarlah Malaysia negara kleptokrasi – negara pencuri,” dakwan beliau.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan