26.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 22, 2023

Dibuang dalam tempoh 1 hari, proses pecat tak betul – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa keputusan pemecatannya sebagai ahli UMNO tidak dilakukan dengan proses yang betul.

Ujar Khairy, beliau tidak menerima surat tunjuk sebab dan dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO.

“Mengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin. Secara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya dalam Insta Story menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melaksanakan keputusan dicapai pada PAU baru-baru ini bagi melaksanakan langkah pembersihan besar-besaran di dalam parti itu.

Dua pemimpin diumumkan dipecat semalam ialah bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan selepas selesai mesyuarat MKT berkata, keputusan pemecatan itu dibuat atas pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Baca juga:   Saya rela dipecat, sedia terima keputusan parti - Noh

Malah beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. 

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan