30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Dasar perumahan dikaji semula ikut asas MADANI – KPKT

KPKT akan melihat contoh DPN negara jiran seperti Singapura terutamanya dalam perumahan awam dan mampu milik.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DASAR Perumahan Negara (DPN) sedia ada akan dikaji semula dengan mengambil kira rangkuman intisari MADANI agar ia dapat diterjemahkan
kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, melalui pembangunan dasar perumahan baharu dan perancangan yang lebih teratur, pihaknya percaya sasaran untuk penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2025 akan tercapai.

Kementerian itu berkata, hal ini dmelalui kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

“KPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari peluang insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan.

“Langkah yang diambil itu supaya dapat memberi ruang kepada pemaju perumahan swasta bergiat aktif untuk menyediakan perumahan mampu milik yang berkualiti dan selesa untuk rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

KPKT berkata, kajian DPN juga bagi melihat sektor perumahan secara menyeluruh khususnya dalam meningkatkan pelaksanaan rumah mampu milik dan penyediaan perumahan awam.

Advertisements

Justeru, KPKT akan melihat beberapa contoh dasar perumahan negara-negara lain termasuk negara jiran seperti Singapura terutamanya dalam perumahan awam dan mampu milik.

Hal ini katanya, berdasarkan kejayaan negara itu dalam penyediaan perumahan awam dan sosial untuk 80 peratus rakyat Singapura yang layak dan memerlukan tanpa mengira bangsa.

“Ini membolehkan DPN yang baharu kelak mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan berbilang kaum di Malaysia,” katanya.

Mengambil kira aspek pengurusan perumahan mampu milik Singapura, KPKT berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan daripada negara tersebut.

Ini katanya, bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan