28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tak masuk akal tauke judi biaya parti ‘Taliban’ – Hadi

Hanya akal yang "berpusing" sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ADALAH tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada Perikatan Nasional (PN) yang di dalamnya terdapat parti yang dituduh sebagai Taliban dan agresif merobohkan pusat judi.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang berang dengan tuduhan tersebut berkata, jika benar demikian sudah tentu tauke judi terbabit sangat bodoh.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, hanya akal yang “berpusing” sahaja boleh menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada partinya.

Sedangkan saham syarikat perjudian jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.

Sebaliknya tegas beliau, saham-saham syarikat terbabik kembali melonjak apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih.

“Diikuti pula dengan pembentukan Kabinet yang tidak bersih, kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke dan syarikat judi.

“Hal ini bermakna tauke judi itu sangat bodoh, walaupun pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang ditarik bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan,” katanya hari ini.

Abdul Hadi menjelaskan, apabila Pas memerintah Kelantan, maka diambil suatu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama.

“Mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama. Selepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian.

“Adapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri sekarang yang dilantik oleh PH, merangkap Menteri Kewangan juga.

“Apabila kerajaan PAS Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasanya, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH, walaupun dalam perkara yang hanya berkait dengan hak umat Islam.

Malangnya menurut beliau, “mereka” yang berwajah Islam dalam PH diam membisu.

Malah ujar Abdul Hadi lagi, pepatah Melayu ada menegaskan, “Kalau rumah berdinding kaca jangan dikacau rumah orang lain, nanti kalau dibalas maka berkecailah dinding rumah kamu itu.”

“Mereka juga boleh melakukan dengan cara menipu orang-orang yang sangat bodoh, khususnya melalui media yang boleh melariskan penipuan itu, laksana penjual ubat yang boleh menjual biji-biji tahi kambing, jika pandai mensyarahkannya maka boleh ditafsirkan menjadi majun yang laris dijual.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan